Ibu Kepada Budak Nama Terpanjang Tampil Beri Penjelasan.. Comelnya Budak Ni

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah membuat satu pengumuman nama terpanjang pernah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada pada tahun lalu adalah Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd Sufian. Fuh memang meriah betul nama budak kecil ini.

Walaupun unik dan panjang, tetapi ada segelintir yang mempersendakan nama tersebut sehingga menjadikannya sebagai bahan jenaka. Ada juga netizen yang merasakan nama itu keterlaluan dan terlalu panjang apatah lagi kalau ingin bernikah nanti.

Akhirnya ibu kepada anak kecil itu tampil memberi penjelasan. Katanya nama anaknya ada maksud tersendiri. Baca penjelasan penuh dari wanita ini.

“Assalamualaikum. Terutama sekali terima kasih dan alhamdulilah di atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah S.W.T.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya yang telah pun mengumumkan bahawasanya setakat ini nama anakanda Puteri Tujuh adalah nama yang terpanjang dalam rekod JPN dan Malaysia.

“Bukan nak cari publisiti, bukan nak glamour. Abang dia pun pemilik nama yang panjang. Manakala kakaknya juga begitu

“Banyak pihak yang bertanya tak kesian ke nama anak panjang panjang, nak angkat nikah susah dan sebagainya. Jawapan puteri mudah

“Apa nak susah, Allah kan ada. Kalau Allah tak izin nama mereka pun tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Dah termaktub dan sudah tertulis. Allah lebih berkuasa biarpun puteri mahupun ayahanda mereka bercadang mahupun berhajat. Kalau Allah tidak izin maka ianya tidak akan berlaku. Doakan yang baik-baik. Allah permudahkan urusan mereka kelak. Amin

“Ingin puteri katakan disini bukan sahaja Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra memiliki nama yang panjang. Sebenarnya abang dan kakaknya juga sama.

“Setakat ini alhamdulilillah Islam tidak melarang meletakkan nama anak-anak terpanjang namun Islam menggalakkan nama anak dengan maksud yang baik.

“Dan alhamdulilah nama nama tersebut jua mempunyai maksud tersendiri dan makna tersendiri di sebalik 7 bulan dalam kandungan Puteri Tujuh. Dan mempunyai jalan cerita mereka sendiri. Dan nama tersebut diberi oleh ayahanda mereka. Luar biasa hanya Allah saja yang tahu

“Namun begitu Puteri Tujuh sebagai ibu yang melahirkan mereka sentiasa mendoakan agar kelak mereka menjadi insan jutawan dan dermawan. Demi membantu dan sentiasa merendah diri membantu semua makhluk Allah. Dan juga Puteri Tujuh percaya mereka juga punya pancaindera ke enam yang jauh lebih mantap dari bonda mereka. Dan gunakan ilmu pancaindera ke enam mereka demi alif ba ta.

“Suatu hari apa yang berlaku kita tidak akan tahu. Masa tidak akan menunggu kita. Namun kita boleh mencuba pada hari ini untuk kita jadikan ianya satu kenyataan dimasa mendatang.

“Semoga Allah melindungi anakanda Puteri Tujuh walau dimana mereka berada kerana dunia akan tahu inilah legasi susur galur keturunan Puteri Tujuh. Amin amin. Semoga anda semua dirahmati Allah selalu. Amin

“Sekian saja penjelasan dari Puteri Tujuh. Salam praktisi spiritual Malaysia/Indonesia

“Sumber: Puteri Tujuh

Mesti korang nak lihat wajah anak yang mempunyai nama panjang ini, Nah ini wajahnya, comel sangat budak ni.

Sumber: OhBulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here