(VIDEO) Ibu seram anak kecil nampak hantu kat tepi katil.. Setelah disiasat, ini rupanya yang berlaku

Kalau ikutkan, memang ramai yang kata, anak kecil mempunyai mata yang suci yang mana ada diantara mereka boleh lihat benda ghaib yang tak daopat dilihat oleh mata kasar.

Setiap kali bayi kecil atau kanak-kanak meragam, pasti ada yang mengaitkan dengan benda ghaib ini atau pun lebih tepat lagi makhluk halus.

Satu video jadi viral apabila seorang ibu berkngsi kisah anak kecilnya ternampak hantu di dalam bilik mereka.

Ibu berkenaan terus merakam detik berkenaan apabila anak nya sendiri mengakui terdapat ‘entiti’ di dalam bilik lebih tepat lagi di bucu katil.

Kisah seram ini menjadi viral setelah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang mana anak perempuannya tiba-tiba sahaja menunjukkan kepada satu objek yang berada di dalam bilik.

Video berdurasi 15 saat tersebut menunjukkan anaknya sedang ‘menunjukkan dengan tangan’ tempat hantu berkenaan berada. Mendapat lebih 12k retweet, video ini terus jadi viral.

Ramai jugak yang suspen dan berdebar nak tengok rupa bentuk hantu berkenaan setelah ibunya pergi siasat. Namun, ini rupanya terjadi. Tak tahu nak menangis ke nak gelak.

Ini videonya:

Rupa-rupanya anak itu sedang menunjukkan logo hantu pada bungkusan lampin pakai buang yang tergantung di kepala katil.

haha memang ramai yang terkena. Aduh lawak betul! Rata-rata netizen terhibur dengan aksi comel anak kecil ini.

Sumber: Twitter SyazaRahizad / Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here