Ini Kisah Sebenar Lelaki Ini Nak Terjun Dari Tingkat 6 Di KLCC

Semalam ada seorang lelaki yang ingin menamatkan riwayat hidupnya apabila mahu terjun dari tingkat enam di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Setelah disiasat dengan lebih lanjut, dipercayai lelaki berkenaan alami tertekan hidup dengan bebanan hutang.

Mangsa berusia 49 tahun itu berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas lebih satu jam berdiri di bahagian penghadang besi di lokasi terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.52 petang.

Ini kenyataan bomba:

“Seramai 15 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati lelaki itu cuba terjun dari tingkat enam bangunan berkenaan. Kami mengambil masa lebih satu jam untuk memujuk mangsa,”

Nordin berkata, pihaknya turut memasang jaring pada tingkat satu sebagai langkah awal menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bertugas, 7.03 malam tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa bertindak sedemikian (cuba membunuh diri) selepas tertekan mengalami beban hutang”

Di zaman penuh mencabar ini, bebanan hutang rakyat dilihat semakin meningkat dan hidup penuh tekanan akibat wang ringgit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here