Ini Luahan Hati Bapa Mangsa Langgar Lari Di Cyberjaya

Semalam telah menjadi viral satu video menunjukkan seorang gadis dilanggar oleh kereta yang dipandu dengan amat bahaya. Gadis berkenaan akhirnya disahkan telah meningal dunia.

Kejadian berlaku di Cyberjaya dan ketika itu mangsa bernama Wan Amirah sedang melintas jalan namun dilanggar secara tiba-tiba oleh kenderaan berkenaan.

Bapa kepada mangsa insiden langgar lari di Cyberjaya yang berlaku pada malam Rabu tak sanggup untuk menonton video kemalangan melibatkan anak perempuannya, Wan Amirah Wan Alias.

Bapa allahyarham iaitu Wan Alias berkata, dia hanya mendapat tahu tentang rakaman video litar tertutup (CCTV) tersebut pada pagi Khamis.

“Saya tak boleh… saya dengar cerita, jadi saya tak boleh (tengok). Arwah mengalami pendarahan dalaman yang teruk di tubuhnya”

Kata pesara tersebut, anak perempuannya merupakan seorang wanita yang pendiam dan gemar mengembara.

“Dia dah beli tiket ke Finland untuk melihat ‘Northern Lights’ pada bulan Januari, namun tidak kesampaian. Saya juga pernah ikut dia bercuti di Pulau Maldives… dia suka selam skuba”

Wan Amirah merupakan kakitangan Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi disahkan meninggal dunia setelah maut dirempuh dalam kejadian langgar lari di Cyberjaya dan telah selamat dikebumikan pada petang Khamis.

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 5.30 petang dan dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan rapat.

Ketua Polis Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan hal berkenaan dan berkata mangsa dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam itu.

Kini pemandu berkenaan sedang diburu pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here