Ini Punca Komposer Pak Ngah Meninggal Dunia Apabila Rebah Petang Tadi..

Komposer tersohor tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah disahkan pergi selamanya hari ini. Pak Ngah meninggal dunia di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia sekitar jam 3.05 petang tadi.

Menerusi satu laporan dari Harian Metro, berita itu disahkan ahli keluarga terdekat Allahyarham: “Betul, Pak Ngah sudah tiada. Arwah meninggal akibat serangan jantung. Sekarang jenazah berada di hospital dan masih dalam proses menguruskan jenazah bagi dibawa pulang ke tanah air. Doakan segalanya dipermudahkan”

Menurut sumber berkenaan lagi, Allahyarham Pak Ngah berada di sana sejak 21 September lalu atas urusan kerja.

Pak Ngah, 60 tahun yang juga merupakan pencinta lagu-lagu irama Malaysia, dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika di negera jiran. Dia bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja.

Penyanyi terkenal Noraniza Idris berkata, beliau dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu, Megat.

Allahyarham Pak Ngah sebelum ini ada menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Nama Pak Ngah tidak asing lagi terutama menerusi penciptaan lagu-lagu Irama Malaysia, antara yang popular sehingga kini ialah Ala Dondang (Noranizah Idris) dan Cindai (Siti Nurhaliza) dan Hati Kama (Duet Noranizah Idris dan Siti Nurhaliza).

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan Pak Ngah Productions memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Batam pada pagi Rabu dan dijangka akan dikebumikan di ibu negara pada petang hari yang sama.

Mari kita doakan buat arwah Pak Ngah, dan salam takziah buat ahli keluarga. Al Fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here