Ini Senarai Penuh Peserta Separuh Akhir Muzik Muzik 33

30 buah lagu terbaik akan bersaing untuk merebut slot 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Kesemua 30 lagu ini akan bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 33 (SFMM33) yang akan berlangsung bulan November nanti.

Ini komen penerbit Muzik-Muzik:

“Sokongan terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti dan kehadiran mereka perlu dihargai demi memeriahkan industri muzik. Kami rasa wajar terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus, khususnya pencipta lagu dan penulis lirik. Tahun ini kita akan saksikan persaingan sengit barisan penyanyi tanah air”

Peringkat separuh akhir itu akan berlangsung selama tiga minggu iaitu ‪pada 9 November, 16 November‬ dan ‪23 November‬ depan secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Muzik-Muzik 33 dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hot FM akan bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Berikut ini senarai lagu yang dipertandingkan pada peringkat separuh akhir.

9 November

1. Sufian Suhaimi – Di Matamu
2. Qody – Dia
3. Ariff Bahran – Kata Akhirmu
4. Kugiran Masdo – Bercanda di Malam Indah
5. Aliff Satar – Sesungguhnya Aku
6. Liza Hanim – Mimpi
7. Dewi Seriestha – Seindah Berdua
8. Dayang Nurfaizah – Dia
9. Siti Sarah – Semakin
10. Amylea X Kaer – Tak Pernah Hilang
11. Ben Ladin – Hikayat Ben Ladin

16 November 2018

1. Altimet – Bunga
2. Khai Bahar – Luluh
3. Khai Bahar & Fatin Husna – Rahsia Kita
4. Akim & The Majistret – Stereotype
5. Aman Aziz – Sulit
6. Ara Johari – Bunga
7. Shiha Zikir – Jagakan Dia
8. Hael Husaini & Dayang – Haram
9. Ismail Izzani – Demi Kita
10. Stacy – Cakap Ke Tangan
11. Syamel – Kau Pun Sama

23 November 2018

1. Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
2. Haqiem Rusli ft Amanra – Jatuh Bangun
3. Hael Husaini – Hajat
4. Dayang Nurfaizah – Layarlah Kembali
5. Siti Nordiana & Jaclyn Victor – Nisan Cinta
6. Wany Hasrita – Rintihan Rindu
7. One Avenue Band – Kisah Antara Kita
8. Misha Omar- Sampai Bila

Korang minat yang mana?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here