Intan Liana Dituduh Tak Bertanggungjawab, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku..

Ini lagi ksiah tentang Intan Liana dan juga Ude Wahid, suami kepada pelakon Izreen Azminda.

Bekas isteri kepada pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid iaitu Intan Liana Saleh berasa amat sedih apabila dituduh tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan anak yang sedang sakit bawah jagaan bapa mereka.

Kisahnya bermula apabila ude Wahid ada berkongsi anak mereka sedang sakit dan menerima rawatan. Pda masa yang sama Intan Liana ada berkongsi foto sedang bercuti.

Maka netizen mula lah memberi tohmahan kepada Intan Liana kerana dilihat seperti tak risau keadaan anaknya.

Tetapi sebenarnya, Intan Liana memberitahu sebagai ibu dia turut berasa susah hati apabila tidak berada di sisi anaknya apatah lagi ketika sedang sakit.

Intan menjelaskan perkara itu selepas menerima kecaman apabila aktiviti percutiannya yang dimuat naik di Instastory dipertikaikan netizen.

Bagaimanapun, Intan berkata, dia tidak terlalu bimbang berikutan anaknya berada bawah jagaan bapa mereka dan bukannya pengasuh.

Ini jelas Intan Liana:

“Anak sakit bukan kita minta, dia sakit masa giliran baba mereka jaga nak buat macam mana. Saya dah pesan tolong bawa dia ke klinik.

“Pastu ada pula yang cakap bonda tak pandai jaga anak dan janganlah cakap anak tak sihat bonda pergi berjimba.

“Kalau tak pandai jaga anak-anak bonda tak terjagalah makan pakai dia”

“Hati ibu mana yang senang anak sakit. Tak tenang tau walaupun tengah jalan-jalan ni. Tapi bonda fikir satu ke selagi di bawah jagaan baba dia bonda tak risau sangat bukan pada pengasuh”

Untuk pengetahuan Intan Liana mula menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude Wahid dengan aktres Izreen Azminda terbongkar dan hidup bermadu buat seketika.

Tak lama kemudian, Ude Wahid menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3 tahun, dan Ariq Muqri, 1 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here