“Istighfar.. pakai tudung main-main” Hanya pakai ‘snowcap’ nampak rambut, Liyana Jasmay dikritik hebat

Pelakon Liyana Jasmay menerima kecaman yang agak hebat dari para netizen kerana hanya memakai ‘snowcap’ menggantikan tudung ketika bercuti di kota London.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Liyana Jasmay ada memuatnaik beberapa keping foto yang menunjukkan dirinya hanya memakai topi snowcap, dan ada yang menutup kepala dan jelas kelihatan leher dan juga ada sedikit rambut kelihatan.

Rata-rata para follower Liyana jasmay di Instagram menjadi risau dan menegur pelakon berkenaan kerana fesyennya yang menampakkan rambut.

Ada juga yang mengecam dengan penuh sinis dan mengatakan Liyana Jasmay bakal kembali kepada imejnya yang ‘freehair’ kembali dan ada yang menuduhnya memakai tudung main-main sahaja.

Namun begitu, Liyana Jasmay tidak hanya mendiamkan diri dan telah membalas semua komen mengenai isu tersebut.

Ini antara komen dari netizen dan juga respon balas Liyana Jasmay:

Ini antara komen dari para followernya:

shahirazakaria226: “@liyanajasmay istighfar banyak2..Masya Allah…pakai tudung main2…kjp pakai, kjp xpakai..buat program temuramah wanita muslim…tapi apa benefits dri semua tu untuk diri kamu…jangan menidakkan yang zahir…anda sebagai artis, role model sepatutnya memberi contoh yang terbaik…jangan salahkan anak bangsa selepas ini yang akan mempersendakan agama kerana anda sendiri yang memberi contoh sedemikian….ada yang tegur nampak rambut…boleh dikatanya chill sedangkan terang terangan menampakkan aurat….anda bertudung..jagalah aurat dengan baik… Wallahualam

fatihahsalim: “Mmg sikit je rambut tu nampak sis. Tapi yg sikit tu lah yg follower risau sbb diorang sayangkan sis. Macamana sikitnya perbezaan sis rasa dari pakai turban+tutup leher dgn kolar baju@inner dulu and and now dah taktutup dah. Macamtu lah diorang risaukan you nanti bila nampak rambut banyak pun u rasa takpe dah sbb beza sikit je dgn nampak rambut sikit skrg kan. Lepastu apa pulak? Saya pun tak perfect. Atleast we remind each other kan

akmarfatthi_: “@liyanajasmay yes patut lg tua lg matang , mcm you juga patut nya makin matang and makin tahu hal dosa pahala ni.

nisya_khairudin: “Ini lah makhluk akhir zaman…dibutakan dengan keduniaan sampai tak nampak balasan diakhirat..semoga diberi hidayah oleh Nya.

Sumber: IG Liyana Jasmay

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here