“Jangan jadi hipokrit…” – Ini respon balas A.Aida

Datuk A. Aida telah dihentam bertubi-tubi oleh para netizen dan juga beberapa rakan artis ekoran satu kenyataannya tentang rupa paras untuk uji bakat sebagai pelakon.

Produser ini telah tampil memberi respon balas dan tetap mempertahankan kenyataannya iaitu rupa paras sangat penting untuk seseorang menjadi pelakon dan ini adalah kerana perkara berkenaan adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini.

Kata A. Aida, perkara berkenaan tidak perlu dipertikaikan kerana industri lakonan era kini sememangnya memerlukan pelakon utama yang mempunyai rupa-paras menarik kerana ia adalah ‘bisnes’.

Ini komen produser berumur 48 tahun ini:

JANGAN JADI HIPOKRIT

“Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tak faham.

“Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah yang cantik dan tampan.

“Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama,”

ADA PROGRAM LAIN UNTUK TUNJUK BAKAT

Kata A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, memang ada peluang untuk mereka menunjukkan bakat yang terpendam. Ada program lain yang disediakan untuk mempertengahkan bakat tanpa memikirkan soal rupa paras.

Beliau langsung tak ada niat untuk hina ciptaan tuhan.

Ini penjelasan dari A.Aida:

“Saya mengeluarkan kenyataan berkenaan rupa itu penting berdasarkan pencarian pelakon utama menerusi sesi uji bakat DFKL2019. Tak ada niat pun nak menghina ciptaan Tuhan.

“Kalau tanya fasal program lain seperti Bintang Mencari Bintang iaitu rancangan bakat yang tidak menekankan paras-rupa, memang saya akan memberi komen perihal mengenai kepentingan bakat la. Sebab program itu memang berdasarkan bakat.

“Ada sahaja peserta yang hadir di sesi uji bakat itu, saya suruh dia cuba menyertai program lain yang mempertengahkan bakat tanpa menekankan soal rupa”

TAK KISAH KOMEN NEGATIF

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Ariff Aziz ini memberitahu dia tidak kisah dengan komen-komen netizen yang mengaitkan wajahnya. Malah, dia sudah menyekat lebih 500 netizen di laman sosialnya kerana tidak mahu mempunyai pengikut yang negatif memberi komen.

“Saya tak kisah pun dengan komen-komen negatif negatif. Wajah saya tak ada kena mengena dengan kerjaya lakonan sebabnya saya bukan lagi pelakon tapi penerbit.

“Sejak semalam, saya dah sekat lebih 500 netizen di laman sosial yang meninggalkan komen negatif. Saya tak mahu dikelilingi dengan orang sebegitu,”

RUPA PARAS BOLEH TARIK RATING

Kata A. Aida lagi, semua haruslah faham bahawa dunia lakonan adalah sebuah bisnes dan stesen televisyen yang menyiarkan sesebuah drama itu mengharapkan ada periklanan dalam produk mereka.

Selain bakat lakonan, pihak stesen menekankan juga soal-rupa paras seseorang pelakon kerana ia boleh menarik jumlah tontonan atau rating yang seterusnya menyumbang kepada pendapatan iklan.

Jika rating baik, stesen mempunyai sumber pendapatan lebih dan hasil daripada itulah akan dibayar kepada sesebuah syarikat produksi.

Beliau juga berharap tidak ada pihak yang cubanak bandingkan dengan industri Hollywood kerana mereka corak pemikiran penonton mereka berbeza dengan penonton di Malaysia.

Itulah penjelasan lanjut dari A.Aida tentang isu yang mula jadi bualan sejak semalam.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here