“Jejaskan Reputasi, Tak Sepatutnya Berlaku” – Ini Komen Raysha Rizrose , Bekas Juara Dewi Remaja

Sedang hangat diperkatakan di laman sosial apabila ada beberapa video yang merakamkan aksi beberapa orang gadis yang mirip peserta Dewi remaja sedang berpesta sakan.

Menerusi video yang tersebar itu, gadis tersebut sedang bersuka ria dan sedang berparti di dalam kelab dengan muzik di latar belakang.

Ternyata wajah gadis berkenaan amat mirip dengan beberapa Dewi Remaja dan ianya ternyata mengejutkan dan jika betul gadis itu adalah peserta Dewi Remaja, ianya amatlah menduka cita kan.

Juara edisi sebelum ini iaitu Raysha Rizrose telah tampil memebri pandangannya terhadap isu ini.

Adik kepada Nelydia dan Uqasha Senrose ini menegaskan, sekiranya benar mereka merupakan finalis Dewi Remaja, perkara itu memang telah jejaskan reputasi dan tidak seharusnya berlaku.

Ini komennya:

“Semestinya perkara tersebut boleh menjejaskan reputasi dan tidak sepatutnya berlaku, kalau benar seperti apa yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya tidak mengetahui akan hal tersebut sehinggalah ia dikongsikan oleh beberapa kenalan sejak semalam, bertanya sama ada saya tahu atau tidak mengenai isu terbabit.

“Bagaimanapun apabila melihatnya sendiri, saya rasa terkejut kerana ada yang mendakwa ia turut melibatkan peserta edisi Dewi Remaja. Akan tetapi, lokasi di dalam video itu agak gelap. Jadi kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Tidak boleh juga untuk tuduh melulu. Sebaiknya dapatkan penjelasan dari pihak produsksi atau si empunya badan terlebih dulu. Apa pun, saya percaya setiap yang berlaku pasti ada penjelasannya,”

“Ia tidak hanya ditujukan kepada individu seperti yang didakwa, tetapi kalau dikenangkan kembali, jenama ini memang cukup positif dan memberi inspirasi sejak sekian lama,”

Menerusi pihak penganjur Dewi Remaja, kes ini sedang disiasat dan jika betul mereka terlibat, tindakan akan diambil.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here