“Kau Tak Sedih Ke Tengok Ni Aliff Aziz”- Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Sedih

Ramai yang tahu sebenarnya Bella Astillah merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar.

Isteri kepada Aliff Aziz ini, ada memuat naik video baru di laman Instagram miliknya yang menjadi viral.

Video berkenaan menunjukkan Bella menyanyikan semula (cover) lagu yang pernah dinyanyikan kembali Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk ‘Wanita’ dalam versi akustik.

Dikatakan lagu berjudul ‘Wanita’ ini asalnya dari negara seberang, Indonesia.

Sejak dimuatnaik, video berkenaan terus menjadi viral apabila menerima begitu banyak tontonan setakat ini.

Kata Bella Astillah, oleh kerana perminataan yang tinggi, dia pun upload video berkenaan untuk tontonan semua:

“Nahh ramai betul mau full video untuk ni lagu kan. Bella sudah upload.

“P/s: sorry lah suara2 beteriak tu si Ayden sama Aidil Dan bibir saya tu bukan kena inject tapi kena ugam bha (ulcer),”

Wanita – Bella Astillah

Aku wanita punya hati nuraniYang tak dapat dibohongiPabila cinta telah membutakan mataDan membuat tuli telinga"Wanita" – Bella AstillahLagu ini pernah dipopularkan Siti Nurhaliza

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Monday, 11 March 2019

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian Bella Astillah yang dikatakan sangat sedap didengar dan amatlah merdu.

Antara komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji kecomelan Bella Astilla selain bakatnya dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mengandaikan lagu berkenaan ingin ditujukan kepada suaminya, Aliff Aziz ekoran kontroversi yang melanda mereka berdua.

Ini tulis individu berkenaan: “Kau tak sedih ke tengok ni @aliffaziz91,” 

Bella Astillah dan adiknya Didi Astillah sememangnya mempunya bakat dalam bidang nyanyian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here