Komen Issey tentang sikap Shahrol Shiro

Pelakon yang juga penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham, mendedahkan hubungannya dengan Shahrol Shiro. Issey berkata dia tak ada masalah dengan bekas penyampai bersama, Shahrol Shiro yang ditamatkan kontrak lebih awal oleh pihak pengurusan stesen radio itu.

Pun begitu, dia mendakwa mungkin isu yang berlaku pada Shahrol memberi kesan kepada imej radio.

Namun Issey berkata dia tak masuk campur tentang hal masalah displin Shahrol.

Malah Issey ada mendedahkan bahawa Shahrol sebenarnya kawan yang bagus.

Ini komen Issey:

“Sebenarnya saya dan Shahrol tiada masalah, malah kami berkawan baik seperti biasa.

“Pasal kerja, itu antara dia dan pengurusan kerana selama kami bekerjasama tiada masalah,”

“Saya dan Fizi langsung tidak masuk campur termasuk untuk ‘slow talk’ dengan dia pasal isu yang berlaku.

“Dia kawan yang sangat bagus tapi sebagai rakan sekerja apabila kami bekerja, saya letakkan ketepi soal masalah dengan pihak pengurusan,”

Issey akui sekiranya timbul masalah berkaitan kerja antara mereka, selalunya mereka menasihati antara satu sama lain agar terus bertemu dengan pihak pengurusan radio.

Sebelum ini, pihak media telah melaporkan Suria FM mengumumkan menamatkan kontrak Shahrol Shiro sebagai penyampai radio lebih awal kerana masalah disiplin dan prestasi kurang memuaskan pada 11 Januari lalu.

Malah, ahli kumpulan Shiro ini juga didakwa ingkar perintah dan melanggar peraturan serta garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit tanpa sijil MC dan tidak menghadirkan diri ke acara anjuran Suria FM.

Pada masa ini, segmen yang bersiaran dari jam 6 hingga 10 pagi itu dikendalikan Fizi Ali dan Issey, tetapi tempat Issey ketika ini digantikan Ain Sufia kerana Issey dikatakan sedang bercuti selama seminggu.

Shahrol Shiro baru-baru ini berjaya menjadi juara MLM 2018 sekaligus emmbawa pulang RM500,000.

Sumber: HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here