Kronologi Penuh: Penyanyi Lagu “Aishiteru” Kini Berdepan Hukuman Mati

Vokalis kumpulan Zivilia yang pernah popular dengan lagu hit berjudul Aishiteru, kini telah ditahan pihak polis negara Indonesia.

Penyanyi utama kumpulan ini ialah Zulkifli dan dia telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar bahan terlarang.

Berita penangkapan itu disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Suwondo Nainggolan.

Menurut polis, penyanyi berkenaan kini akan berdepan dengan hukuman yang amat berat dan boleh dihukum mati atau penjara sekiranya disabit kesalahan.

Ini penjelasan pihak polis di negara berkenaan:

“Benar, ditangkap. Dengan barang bukti ini yang juga berkait dengan rakannya, Zul boleh dikenakan hukuman mati atau minimum 20 tahun penjara, bergantung kepada kesalahannya,”

INI KRONOLOGI KES NYA

Kes nya bermula apabila beberapa rakannya ditahan pada 28 Februari.

Kemudian, Zulkifli telah ditahan di apartment Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya

Ketiak ditahan oleh pihak berkuasa, Zulkifli itu ketika sedang membungkus bahan terlarang jenis sybu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil, bersiap sedia untuk diedarkan.

Berdasarkan siasatan awal, penyanyi ini berkata dia baru dua kali mengedar bahan berkenaan.

Malah dari laporan awal juga, dikatakan Zul terlibat kerana ada hutang apatah lagi kini keadaan kewangannya tidak berapa baik.

Selain itu, polis juga memaklumkan, Zulkifli berkemungkinan menjalankan jual beli bahan terlarang itu dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti yang diperolehi.

Sumber: Tribune News/Kompas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here