“Mama sanggup takde apa-apa..” Luahan Elfira Loy kepada ibunya

Pelakon manis, Elfira Loy amat bersyukur apabila mempunyai seorang ibu yang kuat, berani dan penyayang serta sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Elfira Loy yang kini sudah pun berumur 24 tahun, berkata dia selalu mendoakan ibunya iaitu Filzah Yusoff dipanjangkan usia supaya wanita itu sentiasa berada bersama untuk mendoakan kebahagian dan kejayaannya.

Satu luahan hati ditulis oleh Elfira sempena ulang tahun kelahiran ibunya.

“Saya mahu awak tahu yang kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat, berani dan penyayang pada anak-anaknya.

“Mama sanggup tak ada apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya. Orang lain mungkin tidak tahu apa yang awak telah lalui tapi Allah tahu. Saya sudah boleh lihat tempat awak di Jannah mama, Amin.”

“Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada di sisi kakak untuk mendoakan kebahagian dan kejayaan kakak”

Luahan tersebut mendapat perhatian ramai terutama para peminatnya.

Elfira Loy juga telah mengucapkan terima kasih kepada ibu yang sentiasa mendoakan dia dan adik-beradiknya walaupun sebenarnya diri mereka semua agak nakal.

“Saya tahu, semua rezeki yang saya dapat ini disebabkan awak. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami walaupun kami semua sangat nakal.

“Kami akan mencuba untuk menjadi lebih baik dan baik. Muah. Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu.

“Macam mana awak layan kaum ibu lain mencerminkan macam mana kita layan ibu sendiri. Jadi, buatlah baik. Selamat hari lahir MAMACAT,”

Ini ucapan penuh Elfira di laan IG miliknya sempena hari lahir ibunya itu:

“Dear Mama , i just want you to know that kakak paling bersyukur kerana Allah menganugerahkan ibu yang sangat kuat , brave & caring pada anak-anaknya . Mama sanggup takde apa-apa janji anak-anak mama ada semuanya. People might not know what you’ve gone through but Allah knows. I can already see your place in Jannah mama , Amin. Kakak akan selalu doakan Allah panjangkan umur mama supaya mama sentiasa ada disisi kakak untuk mendoakan kebahagian & kejayaan kakak. Because i know , all of the rezeki that i got is because of you.”

“Thank you for always praying for us eventhough we are all very naughty. We will try to be better & better . Muah
Kita semua ada ibu dan kita semua harus menghormati kaum ibu . How you treat other mothers reflects on how you treat your own mothers. So , be nice .
HAPPY BIRTHDAY MAMACAT.”

Semoga Elfira Loy dan keluarga bahagia selalu ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here