“Memang tak ada hati perasaan!” – Linda Rafar Bengang Perangai Kurang Ajar Nurse

Satu luahan hati dari penyanyi Elite iaitu Linda Rafar mendapat perhatian ramai.

Kisahnya bermula apabila ibu Linda Rafar telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.

Menerusi Instagram Story Linda meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang jururawat yang didakwa biadap dan kurang ajar.

Linda Rafar mendakwa dia hanya meminta ditukarkan cadar yang terkena najis namun tidak diendahkan.

Rasa tak puas hati selebriti ini mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Ada yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka pernah berhadapan dengan jururawat yang bersikap endah tidak endah sebegini.

Ini luahan Linda Rafar:

“Bukan mak dia yang sakit jadi nurse sorang ni tak rasa apa yang kita rasa!!! Kita cakap baik-baik, dia boleh kurang ajar. Awak tu Islam dan bertudung. Kenapa yang lain boleh hormat, awak tak boleh nak hormat ye??

“Saya masih simpan gambar dan video awak. Jika awak masih biasa, saya viralkan!!! Jika tak nak kerja jangan jadi nurse. Saya hanya merayu tukar cadar yang kena najis daripada pukul 3 pagi tadi sampai waktu melawat 1pm masih tak dilayan.

“Saya dah letak maid cuci najis mak saya, ni hanya tukar cadar sahaja ye!! Tukar cadar Allahuakbar jika saya jahat saya dah viral muka awak!!!

“Memang tak ada hati dan perasaan!!!”

Itulah yang ditulis ahli kumpulan Elite, Linda Rafar yang meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan yang diterima dari seorang jururawat yang bertugas di hospital ibunya dirawat.

Lebih mengecewakan lagi, cadar tersebut dibiarkan kotor sehingga berjam-jam lamanya.

Menurutnya, jika ikutkan hati dan perasaannya dia mahu menularkan wajah jururawat tersebut, namun tidak berbuat demikian kerana masih boleh bersabar.

Apapun, hanya nurse tersebut sahaja yang kurang ajar, bukan semuanya.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana ada jururawat lain yang sudi membantu setelah lebih 10 jam cadar tersebut dibiarkan kotor.

Ibu Linda, Rasimah Abd Rahman, 73, telah dimasukan ke hospital minggu lalu selepas sebelah tanggannya terkena jangkitan dan telah dipotong.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here