“Ni Neelofa Ya, Nak Peluk Boleh”

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa telah buat satu perogram menziarahi dan membantu orang yang kurang bernasib baik.

Walaupun sibuk menguruskan perniagaan yang sedang berkembang dan juga pekerjaan nya sebagai pelakon, dan pengacara, Neelofa tak lupa untuk berbakti kepada masyarakat.

Patutlah rezeki Neelofa sentiasa ada dan semkain mencurah-curah. Dahlah cantik rupa wajah, dalam diri juga cantik sekali. Cantik luar dan dalam.

Ada beberapa video yang dikongsi oleg IG peminat Neelofa yang menunjukkan selebriti popular itu meneyrtai satu program amal CSR dan melawat beberapa rumah.

Neelofa melawat beberapa kediaman di Kuala Selangor bersama beberapa staf Chatime serta kelab peminatnya untuk menjayakan program amal tersebut.

Menerusi aktiviti yang amat murni itu, bantuan seperti barangan keperluan dan basikal diberikan kepada keluarga serta kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Video keramahan Neelofa berkenaan turut mengundang rasa terharu para netizen. Ini paling ketara apabila ada reaksi teruja seorang peminat warga emasnya bertemu selebriti itu tular di laman sosial dan ingin memeluknya.

Menrusi video berkenaan, wanita berkenaan berasa bertuah dan tidak menyangka bertemu dengan Neelofa dalam program khidmat masyarakat anjuran kelab peminat Neelofa.

Pelakon filem Azura dan Lemak Kampung Santan itu juga turut berkongsi beberapa video pendek sepanjang program yang berlangsung di Kuala Selangor itu.

Rata-rata peminat memuji sikap rendah diri dan baik hati yang ditonjolkan oleh Neelofa ini yang langsung tak kekok melayan ketika di program berkenaan.

Ini videonya:

Betapa mulianya Neelofa ni… Patutlah rezeki mencurah

Neelofa membantu dan menziarahi mereka yang kurang bernasib baik. Mulianya hati Neelofa.. Selebriti contoh

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Sunday, 27 January 2019

Program dengan kerjasama Neelofa Team dan Chatime itu juga merupakan aktiviti kemasyarakatan wajib bagi pengacara itu bertemu peminat dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Ianya telah dimulakan oleh Neelofa sejak dari tahun 2017 lagi.

Semoga rezeki Neelofa semakin bertambah selepas ini dan tindakan pengacara MeleTop ini wajar menajdi contoh kepada artis lain di luar sana.

Sumber-IG Lofa.World

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here