Orang jatuhkan orang lain untuk naik, satu hari nanti dia pasti jatuh juga – perkongsian Normah Damanhuri

Normah Damanhuri telahpun memohon maaf di atas majlis perkahwinan anaknya Ahya Rosli yang menajdi viral minggu lalu.

Dari satu video yang dimuatnaik oleh Normah Damanhuri di laman IG, mengatakan, sebenarnya penari berkenaan hanya membuat persembahan tradisional dan juga hiburan jenaka, akan tetapi tak sangka jadi seperti itu.

Video berkenaan telah mendapat komen yang banyak dari para netizen dan followernya. Sehingga kini lebih dari dua ribu komen yang ditinggalkan diruangan video berkenaan.

Walaupun ramai yang memandang baik di atas permohonan maaf dari Normah Damanhuri, namun memang banyak komen negatif yang masih diterima oleh pelakon veteran ini.

Hari ini, Normah Damanhuri ada memuatnaik satu gambar dengan ayat yang mengatakan tentang bahana jika ingin menjatuhkan seseorang.

Ini kata-kata yang dikongsikan oleh Normah Damanhuri:

“Allah yang maha besar, #sentiasabersyukur

“Orang yang menjatuhkan orang lain untuk naik, satu hari nanti dia pasti akan jatuh juga, malah lebih teruk lagi sakitnya.

Itulah perkongsian terbaru dari Normah Damanhuri.

Namun tak dapat dipastikan ayat di atas sebenarnya ditujukan kepad siapa? Mungkin ianya kata-kata umum sebagai pesanan bagi mereka yang ingin menjatuhkan orang lain.

Gambar berkenaan telah mendapat reaksi yang pelbagai dari para netizen. Seperti biasa, ada yang setuju, namun masih ada lagi yang menulis komen negatif, berkaitan dengan majlis perkahwinan Ahya Rosli.

Sumber: Ig Normah Damanhuri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here