Pelakon Wafa Abdul Kadir meninggal dunia..

Setelah bergitu lama menderita kerana penyakit kanser, pelakon yang pernah popular satu masa dulu iaitu Wafa Abdul Kadir akhirnya pergi bvuat selamanya.

Wafa Abdul Kadir telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi Sabtu (16 Mac 219).

Beliau meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Tropicana, Petaling Jaya. Berita kehilangan pelakon berusia 52 tahun itu pada mula telah disahkan oleh rakan-rakannya dan juga suami.

Wafa merupakan pelakon Azizah The Legend dan telah disahkan menghidap kanser ovari dan peritoneal tahap empat.

Penyakit kanser ovarinya dikesan pada 2014 dan pada April 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas itu arwah sering jalani check up di Institut Kanser Negara, Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Khabarnya sudah menjalani 18 kali rawatan kemoterapi dibuat untuk mematikan sel kanser pada tahun 2016.

Wafa melalui tiga kali fasa perkahwinan dan suami terakhirnya ialah Tajul Faizal Tamimuddin yang berusia 53 tahun.

Suami kepada Wafa Abdul Kadir memberitahu kesihatan Allahyarham sudah merosot sejak dua bulan lalu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1 pagi Sabtu.

Tajul Faizal Tamimuddin, 53 tahun memberitahu walaupun keadaan isterinya lemah namun Wafa menunjukkan semangat untuk terus melawan penyakitnya.

Ini komen suami:

“Tanda-tanda itu memang ada apabila doktor memberitahu kesihatannya mula merosot dan minta kami bersedia dengan sebarang kemungkinan selain membenarkannya pulang ke rumah.

“Allahyarham tetap nampak semangat melawan penyakitnya dan sepanjang tempoh itu dia tetap mendapatkan rawatan di hospital sebagai pesakit luar.

“Tetapi bersedia macam mana pun apabila tiba masanya ia tetap memberi kesan mendalam apabila kita kehilangan orang tersayang namun sebagai suami saya reda dengan ketentuan Allah,”

Salam takziah buat ahli keluarga. Mari kita doakan buat arwah Wafa Abdul Kadir.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here