Percintaan semakin bersemi, akhirnya Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson beri komen

Sememangnya percintaan antara dua pelakon popular tanah air iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengejutkan ramai pihak, memang ramai tak sangka.

Walaubagaimanapun, tak dinafikan, ramai pihak terutama para netizen dan peminat memuji pasangan ini sangat sesuai dan sepadan bersama.

Akhirnya membuka mulut mengenai hubungan istimewanya bersama Zahirah, Aiman memberitahu mereka berdua jujur dan ikhlas dengan hubungan yang terjalin ini.

Pasangan ini ditemui pada majlis resepsi pelakon, Sasqia Dahuri dan Ashraff Khan, tetapi Aiman dilihat cuba mengelak apabila ditanya bila serta bagaimana hubungan mereka mula terjalin.

Ini komen Aiman Hakim Ridza:

“Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat. Jika ditanya mengapa saya memuat naik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah jujur.”

Namun begitu, Aiman Hakim Ridza masih belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut bagaimana mereka boleh bercinta antara satu sama lain.

Apabila berbicara dengan Zahirah macwilson pula, apabila ditanya tentang Aiman, Zahirah menyifatkan aktor itu sebagai jejaka terbaik yang ditemuinya.

Ini komen Zahirah:

“Kami masing-masing menemui yang terbaik. Seperti Aiman, saya juga jujur dalam hubungan ini.”

Nampaknya pasangan ini sudah semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka. Semoga percintaan mereka ini berkekalan dan terus bahagia.

Bibit percintaan pasangan ini mula menajdi buah mulut apabila masing-masing berkongsi gambar yang sama di laman sosial.

Aiman Hakim Ridza terlebih dahulu memuat naik foto mereka berdua bersama catatan yang seolah-olah memberi bayangan antara dia dan Zahirah Macwilson sedang bercinta

Beberapa jam selepas itu, Zahirah Macwilson pula memuat naik foto yang sama dengan catatan lebih ringkas iaitu: “Kini hingga selamanya, insya-Allah”.

Pasangan itu juga tidak lagi menyembunyikan kemesraan mereka apabila mula tampil berdua di khalayak seperti yang sempat dirakamkan jurugambar ketika menghadiri majlis resepsi Sasqia.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here