“Rasa nak menangis, tak tau nak buat macam mana” – Luahan Sari Yanti

Pelakon cantik jelita Sari Yanti telah meluahkan perasaan hatinya di laman media sosial semalam.

Isteri kepada pelawak Jep Sepahtu ini telah membuat pendedahan bahawa anak perempuannya, Dariya Inara tidak mahu makan sejak tiga hari lalu.

Luahan hati dibuat melalui foto di Instagram Stories miliknya, Sari Yanti akui amat risau dengan tindak tanduk Dariya yang dikatakan mungkin tidak cukup nutrisi memandangkan tidak lalu nak makan nasi dan minum susu formula.

Ini pendedahan dari Sari Yanti:

“Penat 2 3 hari ni asyik la kena pujuk makan.

“Ni dari tadi pujuk satu sudu pun tak dapat. Asyik buang-buang food je.

“I feel like crying don’t know what to do. Dah la tak nak makan nasi.

“What else mama nak buat ni dariya..Susu formula pun tak nak.

“Risau dia tak cukup nutrition,”

Rata-rata para peminat dan follower Sari Yanti memberi respon kepadanya dan mereka tidak kedekut untuk berkongsi tips agar dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk makan dengan lebih banyak.

Melihat ramai yang menulis mesej (DM) kepadanya, Sari Yanti telah mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah membantunya.

Apapun, semoga Dariya Inara akan kembali kuat dan makan banyak lepas ni dengan pelbagai tip yang dikongsikan oleh netizen kepada Sari Yanti. Kalau tak okey jugak, Sari yanti dan Jep kenalah bawa jumpa doktor kanak-kana atau pakar pemakanan untuk dapatkan nasihat profesional.

Untuk info, Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah disatukan pada tarikh 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Dariya Inara. Anak comel ini dilahirkan pada 25 April tahun lalu.

Dalam perkahwinan sebelum ini, Sari Yanti mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Sumber: IG SARI YANTI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here