“Saya bersalah.. luruh jantung saya dibuatnya” – Yana Samsudin trauma

Pelakon, pengacara dan penyanyi Yana Samsudin berkongsi kisah dan pengalaman anak sulungnya iaitu Aisy Mateen yang terjatuh ketika bermain. Aisy Mateen telah menerima enam jahitan pada bahagian kening apabila kepalanya terhantuk pada meja kaca.

Insiden ini telah membuatkan Yana Samsudin rasa bersalah kepada anaknya selain trauma dengan kejadian itu.

Walaupun sudah beberapa hari perkara ini berlaku, sebagai ibu, dia masih dihantui perasaan bersalah, namun akur kejadian yang berlaku adalah aturan takdir.

Yana Samsudin tampil mendedahakan detik cemas berkenaan. Ini perkongsiannya:

“Saya rasa bersalah sangat dengan Mateen, walaupun suami berulang kali menenangkan, malah mengingatkan apa yang berlaku itu bukan disengajakan.

“Seperti orang selalu katakan, kalau sudah hendak jadi, ia akan tetap berlaku. Ketika kejadian, kami pulang seketika ke kampung saya untuk berjumpa keluarga di Yong Peng, Johor. Apabila sudah di kampung, saya ajak anak saudara datang berkumpul.

“Kebetulan di ruang tamu terdapat dua meja kaca. Hati saya terdetik, kalau budak-budak berlari pasti ada yang akan terhantuk pada meja itu dan ia perlu dialihkan.

“Ketika saya dan kakak mahu mengalihkan meja kedua, Mateen pula sedang berlari. Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk pada meja yang kami sedang alihkan. Melihat darah mengalir dengan banyak pada keningnya, saya terus membawanya ke klinik”

hati pelakon ini sayu apabila melihat anak sulung berusia dua tahun itu menjerit kesakitan ketika doktor melakukan rawatan terutaam apabila menjahit bahagian dahi anaknya itu yang terluka.

Yana yang juga dikenali sebagai pengacara bagaimanapun, bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius lain gara-gara insiden itu. Katanya, sudah tentu dia risau jika kejadian itu memberikan impak pada bahagian lain, terutama otak anak kesayangannya itu.

“Selepas dijahit, Mateen kembali ceria seperti biasa. Alhamdulillah, tiada kesan sampingan lain terutama pada bahagian otak. Sebagai ibu, luruh jantung saya dibuatnya mengingatkan situasi itu,” ujarnya.

Yana telah berkongsi foto dan video ketika Mateen mendapatkan rawatan doktor di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini dan kelihatan Aisy Mateen telah sembuh sepenuhnya dan kembali ceria.

Untuk pengetahuan, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid Kamil, telah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan anak sulung iaitu Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Sumber: BHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here