“Saya tegaskan saya tak sindir Elly Mazlein” – Fauziah Nawi

Di Anugerah Skrin yang lalu, pelakon hebat Fauziah Nawi telah berjaya memenangi satu kategori. Ketika membuat ucapan, Fauziah Nawi ada mengatakan dia tidak mengambil suami orang dan hidup sendirian setelah suaminya meninggal dunia.

Namun ada yang membuat tafsiran sendiri tentang isu ini dan menuduh Fauziah Nawi perli Elly Mazlein.

Menjawab hal ini, Fauziah nawi ternyata terkejut apabila perkara ini menjadi buah mulut orang ramai di laman media FB. Entah kenapa tiba-tiba nama Elly Mazlein terpalit sama.

Pelakon yang terkenal dengan drama air mata ini begitu sedih apabila difitnah sebegitu rupa oleh pihak tak bertanggungjawab.

Menurut Fauziah Nawi, dia sudahpun membuat laporan tentang dakwaan yang tidak berasas ini.

Ini luahan Fauziah Nawi tentang isu ini:

“Bila pulak saya sindir Elly Mazlein. Astaghafirullah.

“Hanya ALLAH sahaja yg tahu saya tidak menyindir Elly Mazlein.

“Saya anggap saya difitnah. Hanya Allah Hakim kebenaran saya.

“Saya TEGASKAN SAYA TIDAK MENYINDIR Elly Mazlein. Jika masih menuduh TERSERAH. Alhamdulillah kerana fitnah.

“Saya dah buat laporan atas tuduhan saya menyindir Elly Mazlein.

“Saya seorang balu. Saya tak kaya tapi saya ada anak anak ..menantu..cucu cucu..adik adik yg menjaga saya..jgn fikir saya kucing kurap yg boleh diperlakukan sewenang wenang nya.

“Bosan bila percakapan saya atau penulisan saya diputarbelitkan. Moga Allah uruskan segala.

Ini antara luahannya di FB:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here