“Saya tetap percayakan suami” – Amyza Aznan jawab dakwaan suami curang

Pelakon Amyza Aznan telah berkongsi satu mesej yang menyatakan bahawa suami nya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Dari mesej itu, ianya dihantar oleh seorang individu yang mendakwa ibunya yang pernah bekerja di sebuah kaunter minyak wangi terserempak suaminya dengan wanita lain.

Amyza yang kini berumur 43 tahun ini berkata, sebenarnya dia sengaja dedahkan mesej yang dihantar di laman sosialnya untuk memaklumkan, ia sebenarnya kisah lama sebelum mereka berumah tangga.

Ini jelas Amyza Aznan:

“Ia cerita lama dan saya langsung tidak terkesan dengan provokasi yang dibuat kerana lebih mempercayai keikhlasan hati suami,”

“Sebelum ini, saya sering menerima mesej yang sama daripada seorang individu kononnya suami saya, Khairil Idzhar Md Nazir menjalin hubungan dengan wanita lain.

“Saya tidak terkesan dengan perbuatannya itu kerana kami sudah lupakan kisah lalu. Lagipun, ia berlaku sebelum kami berumah tangga dan masing-masing sudah belajar daripada kesilapan lalu.

“Alhamdulillah, sepanjang perkahwinan, saya dan suami mengambil pendekatan untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Itu sangat penting untuk memastikan rumah tangga sentiasa harmoni,”

Apabila ditanya tentang isu curang dan masalah orang ketiga yang sering menjadi di dalam rumahtangga, Amyza Aznan berkata, perkara paling utama adalah saling mempercayai.

“Jika ada melakukan kesilapan, luahkan dan jangan simpan. Bimbang apabila ada syak wasangka, lambat-laun ia menjadi pemacu yang merosakkan kebahagiaan suami isteri.

“Kejujuran juga menjadi perkara utama, selain cinta. Ada ketika, perkara kecil juga boleh merebak dan menyebabkan pergaduhan besar. Jadi, jangan ambil mudah setiap isu berbangkit.

“Saya selalu mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman orang lama yang mempertahankan kebahagiaan hingga akhir hayat.

“Bagi saya, selagi pasangan kita ada, hargailah. Sentiasa sematkan kasih sayang supaya apabila mereka tiada nanti, kita tidak ralat,”

Pasangan Amyza Aznan dan Khairilberkahwin pada tahun 2004 dan mereka mempunyai tiga anak.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here