Seorang Wanita Sering Ganggu Hafiz Hamidun.. Ini Kenyataan Penuh Penyanyi Ini

Penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun telah mendedahkan bahawa dirinya telah menerima satu gangguan dari seorang wanita yang tidak dikenali yang sering mengaitkan namanya di laman sosial Twitter.

Hafiz Hamidun memberitahu bahawa gangguan itu telah menjadi semakin serius apabila wanita berkenaan semakin berani dan telah datang ke pejabatnya untuk bertemu dengannya.

Ini kenyataan penyanyi berusia 34 tahun ini:

“Dia mula tagged nama saya sejak awal tahun lalu tapi saya tidak layan dan ambil tahu tapi kebelakangan ini ia menjadi lagi kerap sehingga menuduh melarikan diri dari rumah untuk bertemu saya.

“Dia juga mencari nombor telefon pekerja saya dan mula menganggu dengan tawaran beberapa projek kolaborasi dengan artis Kpop katanya.

“Dan kemuncak Isnin lalu dia datang ke pejabat untuk bertemu saya, mujur waktu itu saya tiada di pejabat”

Ini antara beberapa bukti tentang kes ini yang mana wanita berkenaan cuba berjumpa dengan Hafiz Hamidun:

Hafiz Hamidun pada awalnya memuat naik kenyataan-kenyataan dari laman twitter wanita itu yang dianggap sebagai psiko.

Namun begitu, Hafiz Hamidun telah memadam status tersebut bagi menghormati keluarga wanita berkenaan. Kata Hafiz Hamidun, kakak kepada wanita itu ada menghubunginya dan meminta dia tidak membesarkan hal itu berikutan wanita berkenaan difahamkan berdepan masalah kesihatan.

Ini komen dari Hafiz lagi:

“Cara dia tulis sangat psiko dan tidak masuk akal, dia mahu saya jadi abang ipar dia dan macam-macamlah”

“Kakak dia ada mesej saya secara peribadi dan minta saya tidak viralkan perkara ini, jadi saya hormati dan berharap pihak mereka turut menghormati saya.

“Namun jika masih lagi mengaitkan nama saya dengan tuduhan-tuduhan yang boleh menimbulkan fitnah saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here