Setelah Lama Berdiam Sejak DS Vida Buat Sidang Media, Akhirnya Aishah Tampil Beri Kenyataan Balas

Pemenang Gegar Vaganza musim ke-4, Aishah telah tampil memberi respon balas ke atas permintaan Dato Seri Vida agar penyanyi berkenaan meminta maaf.

Dalam satu kenyataan di mStar, Aishah bertegas tiada sebab dia ingin meminta maaf kepada DS Vida atau nama penuhnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman seperti yang dituntut wanita berkenaan.

Aishah berkata, kenyataan berlian palsu tersebut dibuat selepas mendapat pengesahan daripada pakar gemologi.

“Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia.

“Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya”

Jutawan Kosmetik yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza musim ke-4 itu sebelum ini telah menuntut Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan ‘berlian palsu’ terhadap barang kemas sebagai hadiah yang diberikan. DS Vida berkata perkataan ‘palsu’ itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya terutama kedai emas miliknya.

Dalam pada itu Aishah berkata, dia tidak akan menarik balik kenyataan itu berikutan ia merupakan perjuangan yang melibatkan maruah anak seni. Katanya, program realiti Ggear Vaganza yang disertai itu bersifat menang-menang antara penaja dan artis.

“Di mana integriti dan kredibiliti saya seandainya saya menarik balik kenyataan yang benar hanya kerana dia menawarkan barang kemas yang tak palsu. Ini melibatkan maruah kami sebagai anak seni, kami punya bakat dan kebolehan yang org lain tak ada. Penaja ada duit untuk menaja program.

“Saling memerlukan situasi menang-menang apabila perkhidmatan kami buat sebaik mungkin dan pihak penaja sudah mendapat liputan yang meluas untuk produk mereka. Jadi mereka kenalah tunaikan ganjaran yang dijanjikan”

Sebagai artis berpengalaman, Aishah memberitahu dia berhak bersuara dan mempertahankan perkara itu. Menurutnya, jika perkara itu didiamkan dan akan berterusan serta merosakkan industri itu sendiri.

“Isunya sangat mudah, seandainya sebagai artis senior macam saya tak pertahankan hak kami maka itu bermakna kita sudah memberi lampu hijau untuk penaja overclaim dan iklankan hadiah yg bunyinya gah tapi akhirnya artis yang dah diperah kudrat dan bakatnya gigit jari.

“Bila bersuara dihentam sebagai tidak bersyukur. Pengajarannya penaja sila kotakan janji-janji mereka di atas pentas selepas pertandingan… itu saja!”

Itulah kenyataan balas dari Aishah kepada sidang media yang dibuat oleh DS Vida.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here