“Sukar untuk saya..” – kata tunang Adib.. Keluarga pula belum bersedia

Nurul Najihah Mohd Radzi, tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diserang perusuh awal pagi tadi ditemui pemberita semalam dan mengatakan dia terkejut dengan apa yang berlaku.

Gadis berumur 25 tahun ini berkata kali terakhir dia bertemu Adib adalah pada jam 6 petang semalam dan mereka makan bersama-sama.

KOMEN TUNANG ADIB

Ini komen Nurul Najihah:

“Sukar untuk saya luahkan perasaan saya buat masa ini, saya masih terkejut,”

“Selalunya sebelum Adib masuk bertugas, kami akan berjumpa terlebih dahulu, petang semalam kami makan bersama.

“Saya dimaklumkan pasal kejadian yang menimpa Adib menerusi mesej yang tular, saya ada menerima panggilan sebelum itu tetapi saya tidak jawab kerana saya sudah tidur.

“Saya kemudian menghubungi rakan sepasukannya untuk mengesahkan perkara itu yang kemudian memaklumkan Adib sudah berada di hospital”

Tunang Adib itu berkata, dirinya amat terkesan dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar berkenaan keadaan tunangnya kononnya Adib sudah pergi buat selamanya.

“Hentikan penularan berita yang tidak benar, ia memberi kesan kepada ahli keluarga.

“Kalau boleh, teruskan berdoa untuk keselamatan Adib, keadaan terkininya lebam di badan dan muka nampak macam surut sedikit jika dibandingkan pagi tadi.

“Bagaimanapun tekanan darahnya masih rendah”

Dalam perancangan awal, pasangan yang berasal dari Kedah itu bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada 21 Disember ini.

KOMEN ABANG ADIB

Sementara itu, abang Adib, Muhammad Asyraf, berkata pihak keluarga buat masa ini tidak mahu bertemu dengan media kerana keadaan masih lagi belum redha dan ianya amat sukar buat mereka sekelurga.

“Ia satu keadaan yang sukar, dan kami selaku keluarga Adib belum bersedia untuk bertemu dengan pihak media”

Diimbas kembali, salam kejadian jam 1 pagi, Adib sedang bertugas sebagai anggota bomba telah bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran kereta di luar kuil Sri Maha Mariamman bersama pasukannya. Namun, sikap melampau sesetengah perusuh bertindak luar batasan dan Adib telah diserang.

Dia yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS dikatakan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke SJMC untuk rawatan lanjut.

Serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) dirosakkan kumpulan perusuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here