“Sungguh kurang ajar” – Netizen.. Polis Siasat Pelawak Popular Dikatakan Pukul ‘Pak Guard’

Seorang pelawak popular tanah air kini sedang disiasat pihak polis kerana dikatakan telah memukul seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Kejadian berkenaan berlaku di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di Nilai malam tadi.

Kisahnya bermula kira-kira jam 8 malam yang mana pelawak berkenaan telah dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan itu sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa.

Kejadian dikatakan berpunca kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.

Warga tua berkenaan bernama Yahya Manap cedera di hidung dan bengkak pada muka dan sakit belakang badan akibat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kes itu disiasat dibawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan dan polis telah meminta pelawak berkenaan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Dari laporan, pelawak lelaki berusia 49 tahun yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Ini komen pihak polis:

“Mangsa mendakwa semasa dia sedang bertugas di Pos Pengawal Acacia Park Desa Jati melihat sebuah kenderaan jenis Proton Perdana memasuki kawasan itu tanpa memberhentikan kenderaan dan menulis butiran diri dalam buku pelawat.

“Pengawal keselamatan itu kemudian menegur pemandu kereta tersebut semasa kenderaan itu mahu meninggalkan kawasan Acacia Park Desa Jati lalu berlaku pertengkaran,”

“Pengawal keselamatan kemudian menutup palang pos keselamatan dan mengejar kenderaan berkenaan. Selang beberapa minit lelaki itu ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

“Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran dan lelaki itu menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu”

Menurut kenyataan pihak polis, artis berkenaan belum ditahan, namun siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat saksi yang berada di tempat kejadian serta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan khianat merosakkan harta benda awam.

Sumber- Kosmo ONLINE / Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here