TAHNIAH! Mawar Rashid selamat lahirkan anak sulung..

Bekas peserta Dewi Remaja yang kini bergelar pelakon iaitu Mawar Rashid telah pun selamat melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Raf Yaakob yang juga adik kepada selebriti dan chef Fazley Yaakob.

Bayi sulungnya mereka dilahirkan secara normal (SVD) dengan berat 3.4 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur sekitar jam 11.33 malam tadi (13 Mac).

Berita gembira berkenaan telah dikongsikan oleh suaminya, Raf Yaakob di laman media soail Instagram.

Ini tulis Raf Yaakob:

“Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13 Mac, isteri saya Mawar Rashid selamat melahirkan anak sulung kami secara normal seperti yang diimpikan.

“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Buat masa ini, beri masa untuk Mawar dan bayi kami berehat dulu.

“Insya-Allah, esok kami akan kongsikan perkembangan lain. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,”

Raf ketika dihubungi bagaimanapun belum bersedia mendedahkan jantina cahaya matanya itu dan meminta peminat menunggu jawapan menerusi entri yang akan dikongsikan nanti.

“Insya-Allah saya akan kongsikan jantina anak malam ini atau esok,”

Tak lama kemudian, melalui laman IG, Mawar pula menulis update terkini tentang dirinya yang kini dah pun bergelar ibu.

Ini pula komen dari Mawar Rashid tentang kelahiran anaknya itu:

“Syukur Alhamdulillah. Mawar dah selamat bersalin malam semalam. Terima kasih yang kepada semua yang banyak mendoakan.”

Pasangan ini turut telah membuat akaun laman media soial Instagram khas untuk anak mereka itu dan kini jika dilihat, ianya telah pun mempunyai 26 ribu follower.

Tahniah buat pasangan ini. Semoga perkahwinan mereka terus bahagia dan diserikan dengan kehadiran si kecil yang comel itu.

Sumber: IG Mawar Rashid / IG Raf Yaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here