Tak Lawak, Hilang Respect, Menyalahi Hukum Agama, Haram Tetap Haram.. Teruk Tomok Kena Kritik

Baru-baru ini penyanyi Tomok ada memuat naik foto dan video berpakaian menyerupai wanita dengan berabut panjang dan ditambah pula dengan solekan bagi menampakkan wajahnya jelita.

Gambar berkenaan telah memakan diriya sendiri apabila ianya telah mengundang perbalahan dalam kalangan netizen. Orang ramai mengkritik tindakan Tomok dan menyifatkan penampilan penyanyi ini tidak wajar.

Sebenarnya Tomok berpakaian wanita adalah untuk menghasilkan satu muzik video berjudul Bekas Kekasih yang dilancarkan pada Khamis. Selain Tomok, aktor Beto Kusyairi juga berlakon dalam karya berkenaan yang menampakkan dia turut berpakaian seperti wanita.

Bagaimanapun imej berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen malah mereka mempertikaikan tindakan selebriti itu yang dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawanan jantina.

Ini komen netizen yang tak suka:

INI PULA KOMEN PU AMIN

Mengulas hal itu, Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, biarpun video muzik tersebut ada memberi mesej positif dan unsur dakwah namun ia tetap haram dari segi agama.

PU Amin berkata, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

“Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram. Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

“Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa”

Dalam pada itu, PU Amin memberitahu apa yang dilakukan Tomok mungkin akan memberi kesan yang negatif kepada golongan tertentu dan boleh menjadi ikutan.

Katanya, ada banyak lagi cara yang lebih sesuai dan betul untuk menyampaikan sesuatu dakwah atau mesej yang baik berbanding berpakaian wanita.

“Ada kemungkinan besar juga ia akan menjadi satu ikutan. Maksudnya, selepas ini, ramai anak muda atau artis akan melakukan benda yang sama dengan niat hanya suka-suka atau lakonan.

“Saya tahu Tomok bukan seperti itu. Tapi sekiranya mahu menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang betul. Saya perlu tegaskan yang haram tetap haram”

Sehingga kini Tomok tidak mahu bercakap tentang video muzik itu .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here