“Tak sanggup nak tengok anak jalani pembedahan lagi..” – Lan Solo bimbang

Penyanyi Lan Solo memberitahu bahawa anak keempatnya, Nur Amna Quxandra perlu menjalani pemeriksaan berjadual di hospital sehingga dia berusia 18 tahun.

Kata bekas vokalis Kristal ini, pemeriksaan itu perlu untuk memastikan jahitan pada bibir anaknya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah Xandra dah sepenuhnya sihat cuma belum pergi pemeriksaan selanjutnya sebab nak check bahagian atas lelangit bimbang jahitan terbuka atau merekah. Buat masa ini setiap bulan dia akan menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah dia berusia 18 tahun”

Sementara itu, Lan berkata lagi bahawa dia agak bimbang jika terdapat rekahan pada jahitan tersebut kerana ia berkemungkinan menyebabkan anaknya itu perlu jalani pembedahan buat kali kedua.

“Kalau ada rekahan dan kesan jahitan naik, dia perlu menjalani pembedahan lain. Saya takut sebab dia sudah membesar, sekarang dah agak lasak dan bimbang jahitan itu tertarik.

“Kulit dia pun dah semakin menegang, tapi doktor beritahu kalau rekahan jahitan itu menganggu hidung memang kena operate lagi.

“Harap-harap tidaklah, tak sanggup nak tengok Xandra menjalani pembedahan lagi”

Itulah pendedahan Lan Solo tentang keadaan anaknya itu.

Anakanya bernama Xandra dilahirkan pada 24 Februari lalu dan selamat menjalani pembedahan masalah sumbing di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei lalu.

Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6 tahun, Nur Amna Qeesyara 4 tahun dan Muhammad Akid Qassyaff, 3 tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here