Tunang muatnaik foto bersama Remy Ishak.. lama tak nampak gambar mereka bersama

Nama pelakon berbadan sasa iaitu Remy Ishak sedang mencanak naik setelah lakonannya dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda bersama Mira Filzah menjadi popular.

Lakonannya dalam dua drama itu kini telah mencetuskan fenomena dan terus menaikkan lagi namanya.

Untuk yang dah lupa, Remy Ishak ni sebenarnya dah bertunang dan lama tak dengar cerita tentang tunang Remy Ishak itu. Tunangnya bernama Ezza Yusof. Pasangan ini bertunang pada bulan Mei tahun 2017.

Akan tetapi, banyak mulut yang bercerita tentang kisah pertunangan mereka ini, malah ada yang etrtanya-tanya apakah status mereka kerana jarang mereka berdua muatnaik foto bersama di laman IG atau dilihat bersama-sama di mana mana majlis.

Namun, di laman Ig milik tunangnya itu, Ezza Yusof yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Pahang, akhirnya telah memuatnaik foto terkini bersama Remy Ishak.

Setelah lama tak nampak bersama, akhirnya ada juga foto mereka bersama.

Ini fotonya:

Kali terakhir mereka dilihat bersama di dalam sebuah foto adalah pada pertengahan tahun 2018.

Ini merupakan foto pertama mereka berdua untuk tahun 2019. Foto ini sekaligus menjawab pertanyaan banyak follower Remy Ishak yang nak tahu tentang status pertunangannya.

Diruangan komen, ramai yang mendoakan agar mereka berdua ini agar cepat naik pelamin dan disatukan.

Sebelum ini pada tahun 2018, Remy memang ada menyatakan dia tak mahu terbuka tentang kisah peribadinya.

Ini komen Remy tahun lalu: (via Astro Gempak)

“Ya, saya masih tunangan orang! Sehingga kini kami masih belum ada tarikh untuk berkahwin, tidak pasti tahun depan atau bila.

“Tengoklah, kalau setahun belum rasa okey, saya akan panjangkan lagi tempohnya.

“Pertunangan ini satu tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat, jadi mesti ada cabaran masing-masing,”

“Saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita tentang kisah peribadi kerana risau tak jadi.

“Lagipun, saya belum bersedia berkongsi sebab hubungan ini tidak sampai ke tahap yang sepatutnya (berkahwin).

“Kalau boleh biarlah saya seorang sahaja yang jadi selebriti. Saya tak suka mendedahkan banyak sangat kisah pasangan saya sebab nanti dia perlu berdepan banyak perkara,”

Apapun semoga Remy Ishak dan Ezza Yusof cepat bernikah, moga segalanya dipermudahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here