Ucapan Intan Liana Kepada Izreen Azminda Selepas Umum Sedang Hamil

Intan Liana Saleh, bekas isteri kepada Ude Wahid dan bekas madu kepada Izreen Azminda telah memberi respon setelah Izreen Azminda disahkan kini sedang hamil anak pertama dengan Ude Wahid.

Melalui Ig story, Intan Liana telah menulis ucapan tahniah kepada bekas madunya pelakon Izreen Azminda yang kini hamil tiga bulan.

Intan menerusi laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian wanita itu.

Ini komen Intan Liana:

“Alhamdulillah… tahniah ex (bekas) madu. Hahahahah InsyaAllah bonda (gelaran Intan) pun berhak bahagia.

“Sekarang dalam perjalanan menuju ke jalan bahagia,”

Intan Liana menulis demikian apabila menjawab soalan dari seorang followernya yang menyoal tentang responnya setelah Izreen Azminda membuat pengumuman sudah hamil.

Selain memberi ucapan tahniah, Intan Liana juga mendoakan kebahagiaan buat dirinya suatu hari nanti.

Hari ini pealkon popular Izreen Azminda telah mengumumkan dirinya sedang hamil tiga bulan selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohammad Razzi Abdul Wahid yang merupakan seorang pemuzik.

Izreen Azminda telah memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya dengan diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulis I Love Mom And Dad.

Di imbas kembali, Izreen Azminda dan Ude Wahid telah berkahwin pada tarikh 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan jejaka berkenaan yang ketika itu masih lagi berkahwin dengan Intan Liana.

Pada tarikh 22 Mac 2018, pemuzik ini akhirnya menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.

Sepanjang lima tahun Ude berkahwin dengan Intan Liana, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 dan membuat keputusan untuk bercerai pada 2014.

Mereka berdua telah dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here