(VIDEO) Inilah Simulasi Tragis Kapal Terbang Lion Air Sebelum Terhempas

Nahas kapal terbang Lion Air JT-610 yang berhempas di perairan Karawang, Jawa Barat Indonesia sememangnya satu berita yang amat tragis.

Kejadian tempoh hari telah mengakibatkan seramai 189 penumpang termasuk anak kapal maut meninggal dunia.

Misi pencarian mayat penumpang, badan pesawat dan kotak hitam diteruskan pasukan penyelam daripada TNI-AL hingga ke hari ini.

Ini merupakan simulasi penerbangan pesawat itu sebelum hilang kawalan dan terhempas ke Laut Jawa. Simulasi ini dibuat syarikat penerbangan tersebut berdasarkan pemerhatian rakaman data penerbangan.

Data ini merupakan data sebenar dari kapal terbang terbabit.

Video simulasi penerbangan ini telah dimuat naik pengguna Twitter, Lasardn dan mendapat 1.6k Retweet.

Keseluruhan menunjukan sebuah video simulasi penerbangan pesawat malang terhempas, tempoh hari.

Ini video nya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here