Video Mengamuk Sampai Aibkan Pekerja, Ini Penjelasan Datuk Fazley Yaakob Apa Yang Berlaku

Selebriti popular tanah air iaitu Datuk Fazley Yaakob menjadi tumpuan apabila memuatnaik satu video sedang memarahi pekerja nya di laman media sosial IG baru-baru ini.

Melalui video itu, jelas kelihatan Fazley Yaakob sedang memarahi pekerja Suka Sucre Bistro miliknya. Tetapi ramai yang tahu kisah sebenarnya.

Apabila video itu dimuatnaik, ramai mengatakan Fazley agak melampau muatnaik video itu seperti telah emngaibkan pekerjanya.

Fazley Yaakob ternyata kesal apabila video itu disalah tafsir pihak tertentu.

Jelasnya lagi, sebenarnya video itu hanya sekadar lakonan dan sudah pun menjelaskan perkara itu di bahagian caption.

Fazley dalam penggambaran sebuah program yang bakal ditayangkan pada Mac depan di saluran 118 Hyppinspirasi di UnifiTV.

Apabila ada pihak yang mengecamnya kerana kononnya mengaibkan pekerja, ini respon balas Fazley Yaakob yang menjelaskan perkara berkenaan.

Fazley telah meluahkan rasa kecewa di Instagram miliknya.

Baca komen Fazley:

“Nampaknya ada juga kumpulan manusia2 yang lebih banyak masa membawang dari MEMBACA CAPTION. (Refer video sebelum post ini)

“Takpelah saya maafkan kalian ya. Saya akhirnya yang tersenyum sendiri melihat di sebalik ratusan yang kata ‘Saya tak cukup garang,suara saya tak cukup kuat, nampak sangat TENGAH BERLAKON’ ada jugaaaak yang tak cukup bijak untuk baca caption sepenuhnya dan terus GORENG BAWANG SAMPAI HANGUS

“Saya maafkan kalian ya sekali lagi! Terima kasih tau!”

Ini videonya yang menjadi viral:

Menerusi kapsyen video berkenaan, Fazley berkata dia seorang yang jarang memarahi pekerjanya, apa yang dimuat naik di video berkenaan hanya lakonan semata-mata.

“Saya jarang marah staff @sukasucrebistro saya, tapi bila saya mengamuk memang parah. Tapi selalunya lepas saya marah semua staff saya peluk dan saya minta maaf semua sebab tinggikan suara.

“TAPI INI SEMUA LAKONAN SEMATA MATA MUAHAHAHAHAHA!”

Sumber: Ig Fazley Yaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here