Wawa Zainal menjerit, tercedera akibat dilanggar jetski ketika di Langkawi

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang bercuti dengan anak mereka di Pulau Langkawi, Kedah. namun ada satu berita yang berlaku kepada mereka berdua ketika berada di sana.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal alami detik yang agak mencemaskan apabila jetski yang mereka naiki telah dirempuh oleh satu lagi jetski lain. Aeril Zafrel telah berkongsi detik mendebarkan berkenaan apabila jetski yang dinaiki bersama isterinya iaitu pelakon Wawa Zainal dilanggar jetski yang dipandu oleh kakaknya dalam satu kejadian yangberlaku Ahad lalu.

Namun, menerusi perkongsiannya, pasangan ini hanya mengalami kecederaan ringan dan tidak serius. Tetapi memang jelas ianya amat bahaya sekiranya tidak dipantau dengan lebih selamat.

Ini tulis Aeril Zafrel:

“Bahaya betul bagi perempuan bawa jetski ni. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni”

Ini videonya:

Dengar cerita jetski Aeril Zafrel, Wawa Zainal kena langgar ?

Posted by ROTIKAYA on Monday, 15 October 2018

Menerusi video terssebut, kelihatan Aeril Zafrel sedang merakam jetski yang dipandu oleh seorang wanita dikatakan kakanya dan kemudian jetski itu datang menghala ke arah Aeril dan Wawa serta ia hilang kawalan. Dari video, jelas terdengar suara Wawa Zainal yang menjerit dan panik apabila jetskit mereka dirempuh.

Menerusi laporan mStar, Wawa Zainal yang dihubungi menyatakan bahawa dia hanya mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan perut.

“Alhamdulillah mujur tiada yang teruk, saya hanya mengalami luka dan lebam di tangan dan perut sahaja. Saya belum ke klinik lagi, luka pun sudah kering. Jetski itu kakak saya yang bawa dan ia pengalaman manis dan pahit kami”

Diruangan komen rata-rata peminat mereka mendoakan keselamatan pasangan tersebut dan meminta agar lebih berhati-hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here