Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza akan bertunang

Umum mengetahui bahawa pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza kini sedang hangat bercinta.

Menerusi satu laporan portal hiburan mStar, Zahirah MacWilson ada memberi bayangan bahawa mereka berdua mungkin akan mengikat tali pertunangan apabila selesai jalani penggambara MegaDrama Curi-curi Cinta.

Pelakon berumur 24 tahun ini berkata lagi, dia tidak dapat memberi kepastian tentang khabar gembira itu ketika ini kerana komitmen kerja yang masih belum selesai, namun semuanya akan dibincangankan apabila kerja mereka selesai.

Ini komen zahirah:

“Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya, iaitu bertunang.

“Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu, tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya.

“Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ni semua insyallah selepas itu kita tengok macam mana,”

Bercerita panjang lebar tentang kekasihnya itu, Zahirah MacWilson berkata dia tidak berasa kekok meskipun digandingkan untuk berlakon bersama.

Ini komennya:

“Berlakon dengan Aiman sangat mudah, keserasian antara kami memang dah ada, dia juga seorang yang bijak jadi mudah untuk kami duduk dan berbincang.

“Sebenarnya lebih mudah untuk kami bekerja bersama. Tiada rasa janggal untuk berlakon bersama walaupun dia teman lelaki saya. Dia profesional.

“Aiman juga bukan seorang yang cemburu atau jenis yang kuat kongkong,”

Apabila ditanya tentang mereka berdua dilihat secara terbuka memaparkan kemesraan hingga mengundang rasa kurang sesetengah pihak Zahirah punya jawapan tersendiri.

Ini jelasnya:

“Saya faham kalau ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kemesraan antara dan Aiman. Realitinya, kami bukanlah jenis yang berkepit. Kami masih menghormati orang disekeliling”

Zahirah macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini sedang sibuk menjalani penggambaran MegaDrama Curi-curi Cinta sebanyak 28 episod dan bakal menemui penonton 29 April ini di saluran Astro Ria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here